|
|
|
![]() Janganlah kau angkuh melaungkan Si dia kepunyaanmu atau ku kepunyaan si dia kerana hakikatnya kita tidak pernah memiliki sesiapa walau sekeping hati seorang insan tidakkah kau sedar hukum alam menyatakan menyintai tidak semestinya memiliki Manusia pandai berpura berlakon di pentas dunia dan bertopeng menutup rahsia tetapi di hati tidak pernah berdusta pada empunya tentang perasaan yang bergolak didalamnya tidakkah kau sedar mungkin si dia melafazkan ungkapan cinta padamu tetapi hati dan perasaannya tidak pernah berniat begitu dia hanya berselindung disebalik sejuta alasan dan kau begitu jujur dan setianya menyintainya sehingga terlupa hukum alam menyatakan menyintai tidak bermakna memiliki sesungguhnya "aku tidak pernah memiliki dirimu... dan kau jua tidak memiliki diriku" mengertilah kita sebenarnya kepunyaan Yang Maha Esa tiada sesiapa berhak memiliki diri kita kecuali Dia Dia mengasihi hambaNya Dia memiliki hambanya Dan Kepangkuan Dia Kita Kembali
KHAS UNTUK SEMUA SAHABATKU YANG BERADA DIMANA JUA Is time up? Hits Counter Whois? ![]() |
Oumaira Ep6 Eh… Rozaini, Baru oumaira tersedar lelaki itu memang mengenali dirinya dan oumaira memang kenal sangat lelaki itu. Rozainimerupakan salah seorang rakan sekolej nya semasa kolej. Rozaini pernah menyatakan hasratnya untuk berkawan dengan oumaira dahulu. Namun oumaira mempunyai prinsip dan disiplin diri yang kuat dan mantap. Tak semudah yang disangka seorang programmer yang petah bekata-kata mudah bekawan dengan sebarangan orang. Namun pendiriannya juga mempunyai kelemahan. Membuatkan dia susah berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali. Namun oumaira senang dengan pendiriannya. Selagi mana hatinya tidak di noda dengan pelbagai prasangka dan dicemari dengan kekotoran duniawi. Setiap hari dan setiap malam oumaira tidak lepas muhasabah diri, duduk mengadu dan bekhalwat di tikar sembahyang bersunyi-sunyian dengan penyegar hati diwaktu malam. Mengaduh akan lemahnya diri, menyucikan diri akan kotornya hari-hari yang dilalui, merintis dan merayu di disayangi dan diampunkan dosanya. Namun tidak beriman seseorang itu selagi mana tidak diuji imannya. Maka makin dekat Oumaira menghampirinya makin dekat DIA menghampirinya. Oumaira dapat merasakan akan kehangatan pelukan cinta RABBUL IZZATI. "Sesungguhnya Allah tiada melihat kepada rupa kamu dan amalan kamu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niat kamu." Apabila hati seseorang bersih maka mereka akan bekerja dengan jujur, penuh tanggungjawab, bermuafakat, murah hati, suka tolong-menolong dan sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan keharmonian sesama sendiri. Balasan baik di akhirat kelak adalah berdasarkan kepada hati bersih dan niat yang baik. Lelaki tersebut menegurnya. “Mari saya tolong angkatkan beg awak. Muka awak dah pucat tu.”, “Tak pe, saya ok Cuma penat sikit je”, oumaira membalas. “Awak kenal lagi saya? Bagus la, ingat awak tak kenal saya lagi.” “Awak marah ke?” Lelaki it uterus berbicara tanpa menunggu oumaira membalas. “. . . “ “Eh, Awak ok ke?? Nak saya belikan air? Awak marah pada saya?”, lelaki itu menyambung “Kan tak elok orang pandang kalau awak buat macam ni pada seorang wanita”,ringkas tapi maksudnya mendalam. Kesal diwajahnya jelas kelihatan. Namun sesekali terimbau kenangan semasa perkenalan mereka di kolej dahulu. Oumaira seorang yang tegas dan berani menyatakan pendiriannya. jika dia suka dia kata-kan jika tidak tidak sekali dia ia menidakkan. Namun kenangan itu menjadi bahan lucu untuk diimbau kembali oumaira tidak pernah bagi muka pada mana-mana lelaki walaupun dia tahu lelaki itu menyukainya. "ok la saya naik bas dulu. jumpa lagi nanti tak payah le wat mcm ni, take care" "ok", tersipu malu dan terus berlalu. Agaknya itu je boleh dia buat. pertemuan itu cuma habis di situ namun bayangan dan fikiran oumaira tetap lagi panjang mengurai hingga sampai di kampung halaman. Oumaira sibuk memikirkan kata-kata umi, kenangannya. Dan CINTAnya... Siapakah yang aku cinta sebenarnya??
Oumaira Ep5 Seperti selalunya, setiap hari Isnin Petang, selepas waktu kerja, Oumaira akan bergegas ke Kolej untuk bertemu adik-adik usrahnya. Semangat dan rindunya setiap minggu bertambah-tambah bila ukhuwah diantara ahli usrah semakin mantap. Banyak perkara yang hendak dikongsi bersama disamping tidak melupakan disiplin usrah. Namun kali ini moodnya sedikit tersasar apabila menyambut satu panggilan dari kampung halaman. "Angah, balik kampung?" Suara umi suram sahaja dihujung talian. "Kenapa umi? ada kenduri ke?" Balas Oumaira berseloroh. Oumaira tahu selepas pemergian Atok dan Tokwan Umi semakin muram dan tidak ceria seperti dahulu. Namun anak-anaknya sahajalah yang mampu membuatkan dia kuat. "Takkan la kenduri baru nak balik?", balas umi serius. " Eh, kenapa ni mi? ada yang tak kena ke? Angah minta maaf" panggilan manja dirumah Oumaira bahasakan dirinya sebagai Angah. "Ada orang masuk meminang, anak kawan abah. Dr Perubatan yang baru balik dari Australia. Kamu tak nak balik ke sembang pasal benda ni?" Ujar umi sedikit ceria. Seakan beliau suka benar dengan Doktor tu. "Oh, Anak pakcik Idris tu ke?", Soal Oumaira suspen. Zunasri Bin Hj Idris. Kenalan Oumaira ketika kecil. Bila hari keluarga di ofis abah Zunasri la yang selalu mengusik Oumaira. Adik beradik Zunnasri semuanya lelaki. Kesemuanya pendiam dan pemalu. Tapi kenapa agaknya Zunasri agak tidak seperti adik beradiknya yang lain? Pernah satu ketika Oumaira menyertai pertandingan melukis bersama-sama dengan Amerah adik peremuannya, pada ketika itu memang sudah menjadi hobi. Bila ada pertandingan melukis sahaja mesti nak sertai, biasanya Oumaira la yang akan menang tempat pertama atau kedua. Namun waktu itu Oumaira kalah dengan adiknya itu. Gembira sekali Amerah dapat mengalahkan kakaknya dengan hadiah pencil warna luna 32 batang yang menjadi idaman Oumaira. Argh! Malunya. Ditambah lagi dengan ejekan abang dan adik-adik Oumaira kerana kalah dengan Amerah yang tidak pandai melukis dan tidak pernah mencatatkan apa-apa rekod kemenangan di sekolah. Namun semangat dan minat Amerah menjadikan Oumaira idolanya didalam diam. Dia terus mencuba. Pada mulanya Oumaira bangga dengan adiknya. Namun bila orang disekeliling cuba membuat provokasi, Oumaira menjadi sebak dan lari ke khemah kediaman keluarganya dan menangis sendirian. Hibanya hati Oumaira ketika usaha dan semangatnya yang membuatkan dia terus berjaya sendirian dahulu tidak pernah di hargai. Tiba-tiba ketukan diluar jendela bebunyi dan jendela terbuka lantas muncul wajah Zunasri yang ketika itu sudah meningkat remaja. Wajahnya matang dan manis. "Sudah la tu, takde rezeki kan, Lain kali kita masuk sama-sama Zun Lukis buruk-buruk bagi Oumaira menang. OK tak??", cadangan Zunasri yang teruk itu menyebabkan Oumaira teriak lebih kuat. "Pergi! Tak Suke engkau". Oumaira makin sedih. Lewat petang Oumaira dan keluarganya bersiap untuk bertolak pulang ke rumah dari tempat perkelahan hari keluarga abah. Semua orang buat-buat seperti tiada apa yang berlaku. Namun hatinya terdetik mana Zunasri? Kali itulah kali terakhir wajahnya dilihat oleh Oumaira. Selepas itu Zunasri telah menyambung pelajaran ke sekolah asrama penuh MRSM di Perak. Masih segar kenangan itu didalam minda Oumaira. Namun semuanya hanyalah memori. "Insyallah hujung minggu ni Angah balik la ye umi, Umi suke ke budak Zun tu? Umi je la yang kawin ngan dia, hehe". Oumaira sempat menggeletek hati ibunya yang tersayang tu. "Isk, ikut la kamu. Umi tanak jadi match maker. Tapi kalau kamu suka umi tumpang suka. OK Assalamualaikum". Umi menamatkan bual bicara dihujung talian. "Waalaikumussalam", Wajah Oumaira yang ceria bertukar menjadi muram. Apalah agaknya yang dibicarakan oleh keluarga Hj Idris untuk meminang Oumaira di kampung. ******************************************************************************************************* Jumaat jam 5.30 petang Kerja masih lagi bertimbung-timbung namun Oumaira terpaksa meminta diri dan tangguhkan dahulu kerja yang bertimbun diatas mejanya. Berkejar dia ke setesen bas. Sampai di pudu raya tiket jam 9.30 malam sahaja yang ada untuk ke kampungnya. Nak atau tidak terpaksalah ambil juga. Dalam termenung menunggu bas di hentian pudu raya kelibat seorang lelaki menghampiri Oumaira dengan topi di kepala. Kemas menyusun langkah. Lagaknya sudah kenal lama dan namun dia memakai seluar jeans dan pandangan Oumaira di tundukkan agak tidak di bakar matanya dengan api, api neraka jahnnam. Seorang wanita yang keluar dari rumah banyaklah ujian yang perlu di tempuhinya. Salah satu perkara yang paling penting menjaga diri daripada menghampiri zina. Sama ada dirinya sebagai punca atau orang lain mendorongnya. NAUZUBILLAH. Kebas tangannya memegang erat beg sandar yang terkandung dengan laptop di tangannya. Lelaki itu cuba untuk merampas beg itu dari tangan Oumaira. "Eh kenapa ni? Ini beg saya. Awak siapa?" Oumaira cemas dan memegang beg itu lantas dirampasnya semula. Kuat juga kudaratnya merampas beg itu semula. bersambung. . . .
Sudah terjatuh tergeliat pula. . . Ilahi Panjangkan Umur nya untuk beribadah kepada MU.... Selamat hari lahir kak rafiza. manis dan manja kadang2 brutal juga mungkin sebab Anak perempuan tunggal dalam keluarga. Adik beradik lelaki yang lainnya. Tak penting yang penting baik hatinya. Tahniah, Terkilas dengan program lewat malam. Mata yang tidak dibakar oleh Allah adalah mata-mata yang menangis keranaNya dan mata yang berjaga di waktu sepertiga malam dengan beribadah serta bergerak kerja dakwah pada jalanNya. Kata-kata itu cukup2 segar lagi tengahari ini. walaupun mata dah kuyu mengadap laptop sehari2, dari pagi ke malam dan dari malam ke pagi. Inilah jalan ku. Nak cakap macam mana yer?? bukan sy yng pilih jalan ini Allah yang mendorong aku berada disini dan bersyukur kehadrat ilahi kerana aku adalah antara orang yang Allah tapis untuk cekal menempuh jalan yang getir penuh mehnah dan tribulasi ini. Gerak kerja harus diteruskan. Ketepikan masalah peribadi. Utamakan yang lebih aula. Husnuzzon dengan sahabat-sahabat dan org lain. jangan terpedaya dengan pujukan serta bisikan syaitan. Usah persoalkan tentang kelayakan dan kemampuan. yang penting kita kena kehadapan. siapa lagi kalau bukan kita. Tak kata diri ini perfect. 'sampai bila hang baru perfect?'. apa kayu ukur perfect manusia ini?? uhummm.. samalah juga nak pakai tudung bila sampai 'seru' nanti. SERU tu macam mana?? bila nak sampai bila dah bape kali seru pun tak pakai2 jugak lagi. perli pun dah cukup takkan nak kena 'banta'. baru itu disebut seru?. :) kasaq bunyi dia tapi tegaslah dan berprinsip. Hidup ini kene ada pendirian. kita kalau cakap pakai air liur je semua org pun boleh. baby umur 3 bulan pun boleh cakap. dahh magik pulak. biar la ada penjelasan dan nas yang jelas. haha cakap senang la. Ok good luck untuk sahabat-sahabat jemaah kampus dan sahabat handai moga diberi hidayah dan petunjuk. Wallahua'alam
Ya Allah Lemahnya aku ini. . . SUBAHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH. Oumaira melalui detik-detik yang kian mencabar dalam kehidupannya. . . hari demi hari ia menitip kehidupan dengan rasa tawakkal dan redho hendaknya. Namun hati kecil ini siapa yang tahu kuat dan tabahnya iman. Cekal dan tegarnya. Tidak sesekali dilupakan segala pesanan ibu bapa serta mu'allim. Tidak meletakkan nafsu di depan akal. Segala sesuatu perbuatan disertakan niat sebagai ibadah kepada Allah. Mujur hati ini masih tidak jauh tergelincir. Disambut baik sahabat-sahabat seperjuangan. Tidak sekali kehidupan berjemaah ini mengecewakan kita Insyallah malah banyak barakahnya. sesekali tersengguk dialam lena duniawi, mudah sedar bila disapa akhirat. MASYALLAH. Bila cinta hadir. . . tiada kata dapat diungkapkan. namun tidak sekali aku membenarkan cinta dunia berbicara dihadapan cinta akhirat. biarlah cinta akhirat membimbing cinta dunia kepada redho ILAHI. Oh TUHAN andai sekali aku dapat titipkan rasa cintaku pada manusia ini sama seperti cintaku kepada MU YA RABB, alangkah bahagianya aku. Pimpinlah aku menuju redhomu. Usah kau biarkan aku terlena dengan buian mimpi duniawi. Getarkan jiwaku dengan makrifah dan kasih sayangmu. Ya ALLAH AKU INI hambaMu yang lemah. Aku tidak lepas dari melakukan kesilapan. Tidak sekali aku mengaku diri ku sempurna. Walau sebutir zarahpun aku ini hanyalah HAMBAMU ya RABB. Ya Allah. . . Aku sedang mengemudikan perjuangan kekasihmu di sini. Tapi aku sedang diuji olehMu aku perlukan kekuatan. Berikan aku semangat dan rahmatMU ya Allah. Ya Allah berikanlah sedikit padangan cintaMU pada ummat Muhammad hari ini. Agar mereka sadar darimana ia datang dan kemana hala tujunya. Ya Allah Ummat Kekasihmu ini dahagakan cintaMU ya RABB. Bimbinglah kami, bimbing la kami bimbinglah kami, AL HAKIM.
PERKARA YANG PALING MENARIK Salam, Ikhlas Pengikat Ukhuwah Istimewa buat teman-teman seperjuangan ' Salam Lebaran Maaf Zahir Batin' Buat yang menyantuni bulan mulia ini. Senang-senangkan hati mu. Melupakan sebentar tentang perasaan hati. Hari ni dah nak masuk minggu ke 13 dah.. uish lama betol. ada lagi 6 minggu nak tamatkan latihan industri ni. Rasa sayang la plak. sbb kene masuk semula satu semester di UKM. Sepatutnya hari ini kene pergi ke DIVERSIFIED untuk present project MACA. Tapi bos suruh engku datang sini untuk present. Lega..... paling lega bila di kuarantinkan untuk project MACA concernstraight untuk project FNM. Urm so hari ni tak present la. Tapi engku tanya plak mana fadhilah? mana?? hehe selesema cikgu. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Tak dapat jadi arkitek. atlast jadi designer pun kira ok la Alhamdulillah. Boleh juga jadi pencetus idea remaja masa kini. Minggu-minggu yang penyhujung ni makin tough la keje nye. Dengan gerak kerja kampus lagi. hehe macam lagu sunnah berjuang pula. SUNNAH BERJUANG Berjuang menempah susah,Menanggung derita menungkah fitnah, Itulah gelombang hidup samudera duka, Seorang mujahid memburu syahid….. Dibuang dia berkelana, Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid, Namun jiwa tetap mara menuju cita, Membara demi Allah dan RasulNya, Berjuang tak pernah senang, Ombak derita tiada henti, Tenang.. tegang.. silih berganti, Inilah sunnah….. Orang berjuang………. Malamnya bagai rahib merintih sayu, Dihiris dosa air mata, Siangnya bagaikan singa dirimba, Memerah keringat, mencurah tenaga, Berjuang memang pahit, Kerana syurga itu manis, Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar, Bukan sedikit pedih yang ditagih, Berjuang ertinya terkorban, Rela terhina kerna kebenaran, Antara 2 pasti terjadi, Tunggulah SYAHID…atau MENANG!!!! to be continue. . .
DATA & FAKTA Hari ni dah nak dekat 2 bulan praktikal. APA YANG AKU DAPAT? MOTIVASI didalam bekerja. Tidak wajar jika kita mendesak rakan kerja untuk membuatkan atau membantu. KENAPA TIDAK? sebab mereka pun macam kita juga. Penat, kaget, buntu. kadang-kadang lebih dari itu. Berilah kata-kata semangat motivasi kepada dia supaya ia lebih bersemangat untuk membantu kita walaupun dia tahu itu bukan kerja dia. Namun, setidak-tidaknya dia gain knowledge. USRAH memupuk keterikatan hati. ILMU ITU DARI ALLAH SALAM EHYA RAMADHAN
OUMAIRA ep4 Seharian beruzlah di desa rantau yang asing, muhasabah diri mengingati detik perjuangan yang dilalui dan membayangkan apa yang bakal terjadi. Takdir Tuhan tiada siapa yang dapat memastikan. Perjalanan bulan dan matahari, siang dan malam, hujan dan terang nya hari. Unik dan menakjubkan SUBAHANALLAH. Tiada kalimah yang sesuai dapat menggambbarkan perasaan ini. Saat Getir melalui mehah dan ujian sebagai da'ie banyak beban tugas serta mehnah dan tribulasi dilalui, Ya Allah Luruskan niatku hanya kepada MU semata Jihad fi sabilillah. Thabitkan hatiku lurus kepada perjuangan dan agamaMU ya Rabbul izzati. Perjuangan ku ini masih lagi menapak dan mendaki puncak yang tinggi yang tiada berkesudahannya sehingga mata memejamkan diri. Perginya yang tiada kembali ke alam nyata. Terusan sungai yang dititip selaju arus kehidupan yang penuh onak dan duri. Adakah aku akan terus kekal berdiri disini atau menongkah arus atau sebaliknya?? Segelas air ku teguk dan terus meneguk sehingga kering. Masih dahaga rasanya. sunyinya perjuangan ini tanpa sahabat-sahabat dan tarbiyah di dada. Kenang kembali perjuangan di sekolah menuntut pengorbanan. Bila berjual tiada untuk malah rugi, hulurkan tangan berisi wang, tangan kiri tak tahu pun yang tangan kiri menderma. Allahuakbar hari ini kita untuk RM50.00, Gembiranya melihat rakan-rakan ceria melihat keuntungan. Seawal jam 4.30pg bangun menunaikan Qiamullai, keluar pula untuk menyiapkan bahan-bahan untuk diniagakan.Balik kerumah jam 2pg. cuma ada beberapa jam untuk melepas lelah dibadan. Tiada apa yang harus difikirkan, hubbuddunia dan bersosial mcm org lain. kita ada cara kita sendiri. kalau sahabat-sahabat di kelas selalu sahaja kesian melihat batang tubuh yang berperang dengan akademik dan persatuan. Tapi hati ini tidak pernah bersedih, malah gembira dengan hasil kerja yang bermanfaat kerpada Islam. buat mad'u yang sering memerhati kita. Bukan nak menunjuk, cuma lahirkan dari diri yang redho sifat serta akhlak islam sebenar. Masalah dunia ini hanya cubaan dan dugaan yanig harus kita depani dan bukan untuk dielak. namun tak perlu lah terlalu emosi yang tidak menentu. Isu sosial sekarang bersifat ketuanan melayu, ADUH nauzubillah minta jauh dari sifat orang yahudi ini yang terlalu bersifat patriotisme.Jangan katakan 'Tidak' Untuk Islam. Siapa lagi kalau bukan kita? "Janganlah kamu mengkhususkan bencana Allah itu buat hanya untuk orang zalim sahaja, Ketahuilah bahawa siksa Allah itu amat berat siksaNya" Allah tidak akan menimpakan azabNya hanya kepada seorang malah semua orang akan menanggung azabnya. Kamu adalah pemimpin dan sesungguhnya pemimpin itu akan dipersoalkan kepimpinanNya diakhirat kelak.
WALLAHUA'ALAM
OUMAIRA ep3 "Ahah.." tertangkap pun. Johan Johan tak berubah perangai kau ye. "Sibuk ke?" Oumaira bertanya tanpa segan silu. "TAK, Tengah bercucuk tanam kat kampung. Lama dah tak pegang laptop. Friendster ke MySpace ke, email ke, dah lama tak buka. Maklumla tenet takdek kat kampung nih". dengan selamba cikgu Johan menjawab persoalan yang di ajukan kepadanya. SAMPAI HATI. kenapa kau harus berbohong tentang perkahwinan. Perkahwinan adalah sesuatu yang suci dan murni dalam kehidupan. Perkara yang paling membahagiakan bagi seorang mukmin. Nikmat dan rezeki yang Allah beri kepada orang yang layak sahaja. Berapa ramai gadis dan jejaka yang masih belum berumah tangga dan melalui saat-saat yang sukar di luar sana. Berhadapan dengan maksiat, gejala soaial, nasab dan keturunan tidak terpelihara. Adapun sesorang yang berkeinginan untuk berkahwin itu hendak berkahwin jika ALLAH tidak mengizinkan maka ia mustahil akan berlaku kecuali sahaja dengan izinNya. Allah itu Maha Bijaksana, Mengetahui, Pemurah, Pengasih dan Penyayang. Allah tahu sejauh mana kemampuan manusia. Dan sekali pun Allah tidak menguji ummatnya seandainya sesorang itu tidak mampu untuk mendepaninya. Biarlah, Bersambung.... nak balik keje ni. TEGAR daku Menempuhi kehidupan yang mencabar dan penuh liku TERIMA KASIH kepada yang Maha Pencipta dan Berkuasa. Kehidupan ini memang compelicated jika kita d nak fikirkan memang tak habis. Huhu Nampak macam rock kan. Tapi alam ku berbeza. BERBEZA? Erm apa tu?? Hanya Allah dan aku je tahu. Kalau di ceritakan memang tak dapat digambar kan. Cuma secara overall memang rock dan advanture. Sebenarnya pemilik hati ini seorang yang open minded tapi bagi pekara-perkara masuk dek akal. Bagi perkara yang kotor dan tidak masuk akal dari sudut ISLAM. Memang tak boleh masuk tak boleh masuk tak boleh masuk dan block terus. Ahah kenapa serius plak ni. Selalu tak macam ni. Hari ni hari keluarga ofis. Ahaks compecated kan. Entah mula-mula tadi memang takde mood. Kena marah plak dengan ketua program sebab tak bagi kerjasama katanye. Nak kerjasama macam mana lagi entah. Dari pagi dok tunggu sampai tengahari baru nak bertolak. Suruh follow dah follow dah. Suruh masuk bilik masuk dah. Letrik je takde. Jadi masalah besar pd die. Ahaks kelakar plak kalau teringat tadi. Mula dengan sukaneka petang tadi. Ermmm mood dalam 5% je tu pun sebab bos. Ahaks, tengok anak-anak staf kesian plak. Tak tahu mcm mana nak describe. Tapi saya cuba la. Anak-anak ibarat cahaya dalam keluarga. Cahaya mata. Harta dan amanah yang Allah berikan kepada kita semua InsyaAllah. Bila sebut tentang amanah teringat pula pesanan Lukmanul Hakim kepada anak-anaknya. Memang anak-anak ni susah untuk dijaga sebab tu Allah kata ia adalah amanah. Tidak beriman seseorang itu selagi mana tidak di uji. Allah tidak akan uji sesorang itu dengan ujian yang tidak mampu mereka tanggung. Pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk pada kita jika perkara buruk berlaku pada kita kan? Panjang pula kisahnya. Sy pun tak tahu macamana dengan diri saya pula nanti adakah saya mampu atau tidak bertahan untuk menempuhi dugaan yang menjelma. Manusia yang berjasad dan berjisim tidak dapat menilai sesuatu yang ghaib dan tidak nampak dek mata yang memandang, keikhlasan, keimanan, sedia, kekuatan. :) Kenapa masih hendak sangkal? mungkin hujjah masih belum cukup kuat. Ok times up, dah dekat pukul 7mlm still lagi kat ofis. Tak tahu kenapa masih lagi stay di sini selalunya tepat jam 5.30 petang terus balik. "Kosong". tu je kot yang boleh ese katakan. huhuh Ok la nak pegi isi la ni. malam ni pertemuan dengan naqib jam 8mlm ok pantas, cergas, semangat. Geng beranang. Terima kasih la ye atas perkenalan dan pertemuan. best korang. cuma kadang-kadang tu tak leh nak layan sgt. cekap-cekap dah, tapi kene banyak bertenang lagi kot. ahaks. tak pe la tu. semua pun dah tua2 belaka. dah pandai PK pun. ALL THE BEST ye geng beranang. MoGA SuCcessS Sokmo. WELL DONE>
OUMAIRA ep2
Sambungan .... " Boleh saya bercakap dengan cikgu Johan sebentar." Entah mengapa orang ramai memanggilnya cikgu Johan. Kerja jadi programmer. Namun dari 3 tahun lepas dan sebelumnya pun kawan-kawan memanggilnya cikgu Johan. Mungkin dia seorang yang tidak lokek ilmu untuk mengajar kawan-kawannya. "sebentar ye," Suara manis tadi meminta Oumaira untuk tunggu sebentar. "Assalamualaikum," BERGETAR jantung Oumaira. Rasa sebak dan hiba pula menjangah. Namun sebelum ini Oumaira tidak ada perasaan pun pada cikgu Johan. Bunyinya macam pernah bercinta. ERM ye ke? Tidak. Gosip liar je tu. Hati Oumaira tertawa kecil dengan perasaan yang bermain di minda. "Waalaikumussalam, WAH Tahniah Cikgu, dah kawin rupanya" Oumaira cuba untuk control. "Oh Kamu, Idup lagi rupanya. Apa kamu cakap ni? TAHNIAH? apa yang tahniah?" Eh pelik betul cikgu ni. biar benar. Sandiwara ke drama? Oumara yang sedang memandu sambil bercakap telefon terus tergamam dan tertanya. Berderu-deru persoalan didalam minda Oumaira. Perjalanan yang dekat menjadi panjang dan jauh rasanya. Trafik light masih lagi merah. Peek Hour la selalu Oumaira bergayut dengan telefon bersembang dengan kawan-kawan lama. Kalau bercakap sorang-sorang macam tidak waras pula kelibatnya. "EH, Cikgu bukan dah kawin?, yang tadi siapa?" "Tadi mana?"
Bersambung lagi...... isk isk isk
|